Hasyiah Syarqawi ala Syarah Tahrir 4 Jilid

حاشية الشرقاوي على شرح التحرير

Hasyiah Asy-Syarqowi Ala Tuhfatu Thullab


Kitab "Hasyiah al-Syarqawi 'ala Syarh al-Tahrir " (حاشية الشرقاوي على شرح التحرير ) adalah antara karya fiqh yang terkenal menjadi rujukan para ulama al-Syafi’iyyah yang mutakhirin. Kitab ini ditulis oleh Syaikh al-‘Allamah ‘Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim al-Syarqawi (1150-1226H). Mencakup berbagai topik utama yang dibahas. Di antaranya, kitab ini membahas konsep-konsep seperti bersuci, Shalat, Wudhu yang termasuk dalam kategori ibadah (ubudiyah), juga membahas mu'amalah (transaksi), munakahat (pernikahan), dan jinayat (tindak pidana).

Kitab kitab merupakan hasyiah (komentar) terhadap kitab Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab (تحفة الطلاب بشرح تحرير تنقيح اللباب), yaitu kitab Fiquh karya Syaikhul Islam Abu Yahya Zakariya al-Anshari (823-926H). Kitab Tuhfah al-Thullab atau lebih dikenali sebagai kitab Syarh al-Tahrir ini disusun oleh Syaikhul Islam al-Anshari sebagai huraian (syarah) bagi kitab beliau sendiri yang berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحرير تنقيح اللباب).

Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab pula adalah ringkasan (mukhtashar) bagi Kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب) Tanqih al-Lubab karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ), iaitu sebuah ringkasan bagi kitab karya Imam Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ) yang berjudul al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’ (اللباب في الفقه الشافعي)


DOWNLOAD
حاشية الشرقاوي على شرح التحرير
Hasyiah Syarqawi ala Syarah Tahrir.Pdf

Post a Comment

0 Comments